top of page

Program Keibubapaan MyBistari

Program Penerangan
Bacalah Anakku

Program ini diadakan untuk ibu bapa murid 5 tahun sebagai usaha memperkukuh asas membaca sejak awal. Program ini memberi pendedahan tentang teknik mengajar anak membaca Bacalah Anakku di rumah, di samping menyokong proses pembelajaran di sekolah. Melalui sesi yang interaktif, ibu bapa dapat berkongsi pengalaman, memahami kaedah pengajaran yang sesuai serta membina kerjasama erat dengan guru. Inisiatif ini diadakan untuk memastikan anak-anak mendapat sokongan berterusan, sekali gus menanam minat membaca secara konsisten dan berkesan.

FIZA BACALAH.jpg

Program Penerangan
Kelas 5 Bistari

Program ini dianjurkan khusus untuk memberi penerangan kepada ibu bapa murid yang terpilih untuk mengikuti Kelas Bistari pada semester dua. Melalui sesi ini, ibu bapa diberi penjelasan mengenai tujuan dan kelebihan kelas bistari berbanding kelas biasa. Ini termasuk kriteria pemilihan serta kaedah pembelajaran yang dilaksanakan. Selain itu, ibu bapa turut diperkenalkan dengan teknik pembelajaran sempoa yang menjadi salah satu subjek yang diajar. Program ini diadakan bagi menggalakkan kerjasama ibu bapa dan guru demi menyokong perkembangan akademik anak-anak secara berkesan.

bistari.jpeg

Program Penerangan
Sempoa

Program ini diadakan untuk ibu bapa murid berusia 5 tahun sebagai pendedahan tentang perjalanan pembelajaran anak. Dalam program ini, ibu bapa diberi penerangan mengenai silibus lengkap bagi murid 5 tahun serta gambaran awal silibus 6 tahun sebagai persediaan ke peringkat seterusnya. Selain itu, ibu bapa turut diperkenalkan dengan teknik pembelajaran sempoa yang akan diajar kepada anak-anak. Program ini bertujuan mewujudkan kefahaman, sokongan serta kerjasama antara ibu bapa dan guru demi kejayaan anak-anak.

sempoa.jpeg
bottom of page