top of page

Program Online MyBistari

Online Kids Sharing merupakan sebuah platform interaktif di mana guru dapat berkongsi info dan maklumat berkaitan tajuk-tajuk ilmiah secara santai dan menyeronokkan. Program ini memberi peluang kepada guru-guru untuk berinteraksi dengan anak-anak secara maya melalui topik-topik yang menarik dan dekat dengan dunia mereka. Ia bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan serta membina keyakinan anak-anak dalam menyampaikan pendapat dan bertanya soalan dalam suasana pembelajaran yang santai.

Online Kids Sharing

Parenting Online

Program parenting online ini diadakan khusus untuk ibu bapa sebagai ruang berkongsi ilmu, pengalaman dan strategi dalam mendidik anak. Melalui platform digital, ibu bapa berpeluang mendapatkan maklumat dan nasihat dalam mendidik anak secara lebih mudah dan tepat. Inisiatif ini membantu ibu bapa dalam meningkatkan ilmu keibubapaan, memahami keperluan anak dengan lebih baik serta mengatasi pelbagai cabaran dalam mendidik generasi masa kini. Melalui program ini juga, ibu bapa dapat membina keyakinan diri dalam menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak dengan lebih berkesan.

PARENTING ONLINE.jpg
bottom of page