HARI PERTAMA SEKOLAH PENUH CERITA!
- Feb 13
- 1 min read

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2026 bermula...
Murid 5 & 6 Tahun | 13 Januari 2026
Alhamdulillah, sesi persekolahan bagi murid 5 dan 6 tahun bagi tahun 2026 telah bermula pada 13 Januari 2026, lewat satu hari berbanding tarikh rasmi pembukaan sesi persekolahan KPM.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang biasanya dimulakan lebih awal, pada tahun ini kami mengambil keputusan untuk memulakan sesi persekolahan sehari lewat. Hal ini mengambil kira tempoh cuti persekolahan yang agak singkat, di samping komitmen kami melaksanakan program pratadika. Selain itu, kami juga ingin memberi ruang dan laluan kepada ibu dan ayah untuk menguruskan hari pertama persekolahan anak-anak yang lain pada 12 Januari 2026.
Untuk bacaan selanjutnya sila klik DI SINI




.png)
Comments