TEROKA DUNIA ILMU DI PERPUSTAKAAN!

Alhamdulillah, dari 1 hingga 7 Oktober 2026, si cilik hebat MyBistari berpeluang menyertai lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Lawatan ini merupakan salah satu pengalaman istimewa yang dirancang khas buat murid-murid 6 tahun sebagai kenangan manis sebelum melangkah ke alam persekolahan yang baharu.
Namun, kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T. sebaik-baik perancang. Lawatan yang sepatutnya diteruskan sehingga 8 Oktober 2026 terpaksa ditangguhkan berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akibat jerebu yang tinggi. Semua institusi pendidikan diarahkan tutup pada tarikh tersebut. Dua cawangan yang masih belum berkesempatan menyertai lawatan ini ialah TH Pintar, Taman Rinting dan TH Minda, Taman Kota Puteri.
Penglibatan lawatan ini dikhaskan buat murid-murid 6 tahun kerana tahun ini merupakan tahun terakhir mereka bersama MyBistari. Untuk bacaan selanjutnya sila klik DI SINI




.png)
Comments