CINTA RASUL MEKAR DI HATI SI CILIK HEBAT!

Sambutan Maulidur Rasul 2026
Pada 24 Ogos 2026 (Isnin), suasana di seluruh cawangan Tadika Hebat MyBistari dipenuhi dengan keceriaan dan kemeriahan apabila Sambutan Maulidur Rasul 2026 diadakan secara serentak.
Ayu dan segak, masing-masing melangkah masuk ke tadika dengan penuh bergaya. Si cilik lelaki tampil segak berbaju Melayu lengkap bersongkok, manakala si cilik perempuan pula kelihatan manis dan comel berbaju kurung dengan lilitan tudung yang indah. Wajah ceria mereka jelas menunjukkan keterujaan untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disediakan.
Seharian si cilik hebat menghayati sambutan Maulidur Rasul dengan aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan, malah sarat dengan pengisian ilmu. Aktiviti pertama dimulakan dengan Origami Biografi Rasulullah S.A.W.. Sambil menghasilkan origami masing-masing, si cilik berpeluang mengenali kisah dan perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. dengan cara yang lebih menarik dan mudah difahami. Untuk bacaan selanjutnya sila klik DI SINI




.png)
Comments