SATU HARI SERIBU KENANGAN!

Coretan Lawatan Si Cilik Hebat ke Desaru Mini Zoo & Mutiara Bay
Setiap tahun, menjadi rutin buat kami membawa si cilik hebat keluar seketika daripada suasana pembelajaran di dalam kelas untuk menikmati pengalaman belajar yang berbeza. Bukan sekadar melihat dan mendengar, tetapi merasai sendiri pengalaman, meneroka dunia luar dan mencipta kenangan bersama rakan-rakan.
Pada tahun ini, sekali lagi si cilik hebat 6 tahun dibawa menyertai lawatan ke Desaru Mini Zoo dan Mutiara Bay pada 8 Ogos 2026. Menariknya, ini merupakan tahun keempat kami menjadikan Desaru Mini Zoo sebagai salah satu destinasi lawatan untuk anak-anak 6 tahun.
Walaupun sudah empat tahun berkunjung ke destinasi yang sama, setiap tahun tetap ada sesuatu yang baharu. Ada perubahan, penambahan fasiliti dan pengalaman yang berbeza untuk dinikmati oleh anak-anak. Tahun ini, antara yang menarik perhatian si cilik hebat ialah penambahan playground serta kemudahan kereta api yang boleh dinaiki oleh anak-anak. Untuk bacaan selanjutnya sila klik DI SINI




.png)
Comments