SUKANEKA 2026 AKSI, SEMANGAT & KESUKANAN!

22 Ogos 2026 (Sabtu) | Dewan Muafakat Masai
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Setelah segala persiapan, latihan dan debaran dilakukan sepanjang minggu menuju program, tibalah masa untuk Sukaneka 2026 berlangsung. Bukan si cilik sahaja yang excited, ibu-ibu pun tidak kurang hebatnya! Malah, para sukarelawati yang telah mendaftar seawal tiga minggu sebelum program berlangsung sudah tidak sabar menantikan hari penuh kemeriahan ini.
Walaupun Sukaneka 2026 diadakan secara tertutup dan hanya tetamu wanita dibenarkan masuk demi menjaga ikhtilat, suasana tetap meriah, gamat dan penuh dengan sorakan. Dari awal hingga ke penamat, program berjalan dengan lancar dan pastinya meninggalkan banyak kenangan manis buat semua yang hadir.
Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Founder MyBistari, Puan Zainun binti Mat Lazim. Seterusnya, suasana terus dipanaskan dengan acara pemanasan badan melalui senaman aerobik yang diketuai oleh adik-adik cilik dari Tadika Hebat Ilmu. Untuk bacaan selanjutnya sila klik DI SINI




.png)
Comments